Senin, 29 Juli 2013

panduan mudah belajar untuk bahasa arab

Kaedah Mudah Untuk Bertutur Bahasa Arab Serta Memahami Bacaan Solat & Doa Khusus Buat Golongan Profesional Yang Tiada Masa Untuk Ke Kelas!"

Panduan Belajar Bahasa Arab
Siri 1
Panduan Belajar Bahasa Arab
Siri 2
Panduan Belajar Bahasa Arab : Komunikasi Cepat & Mudah
Siri 3


Ketahui bagaimana anda boleh menguasai Bahasa Arab dengan mudah melalui Ebook Panduan Belajar Bahasa Arab ini. Kaedah pembelajaran yang sangat praktikal dan berkesan untuk mempelajari Bahasa Arab.
 


Anda mungkin mempunyai minat yang mendalam untuk mempelajari Bahasa Arab. Namun, niat anda mungkin terbantut disebabkan oleh masalah-masalah yang anda alami seperti:-
  • Tidak tahu dimana tempat yang mengadakan kelas belajar Bahasa Arab.
  • Jadual kelas pembelajaran yang mungkin tidak sesuai dengan masa anda serta selalu bertembung dengan aktiviti harian anda yang lain.
  • Yuran kelas yang agak mahal.
  • Suasana pembelajaran yang mungkin kurang selesa.
  • Tidak mempunyai buku rujukan yang tepat dan bersesuaian.
  • Sistem pembelajaran yang tidak berkesan dan tidak bersistematik.
  • Tidak menjumpai tenaga pengajar yang sanggup membimbing anda hingga berjaya.
  • dan masalah-masalah lain yang menyebabkan anda terpaksa melupakan sahaja niat anda untuk mempelajari Bahasa Arab.
Sebelum saya menulis dengan lebih lanjut, izinkan saya menceritakan serba sedikit latar belakang saya.
Saya adalah Pensyarah Bahasa Arab di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Johor, Kampus Segamat. Berpengalaman berkhidmat sebagai Pensyarah Bahasa Arab di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Berkelulusan Ijazah Sarjana Pengajian Bahasa Moden dari Universiti Malaya dan Ijazah Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Arab dari Univerisiti Al al-Bayt Jordan.
Saya tidak mendakwa diri saya sebagai pakar, tetapi saya tahu apa yang diingini oleh pelajar-pelajar terutamanya dari kalangan orang-orang Melayu di Malaysia. Yang paling penting, saya tahu sistem pembelajaran Bahasa Arab apa yang praktikal dan boleh difahami dengan mudah oleh rakyat Malaysia. Ini kerana saya telah berpengalaman mengajar Bahasa Arab selama 14 tahun kepada umum sejak 1999. Segala apa yang saya usahakan ini juga sebenarnya adalah untuk memenuhi permintaan ramai dan tanggungjawab saya untuk menyebarkan pengetahuan ini kepada seluruh rakyat Malaysia, tidak sekadar di Institusi Pengajian Tinggi sahaja.
Untuk mempelajari Bahasa Arab, anda perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan asas dan pendekatan yang paling mudah. Cara mempelajarinya pula adalah melalui orang yang berpengalaman, dan tahu segala aspek tentang pengetahuan ini.
Yang Benar

USTAZ ABD RAHMAN BIN JAMAAN
Isnin, 29 Julai, 2013  

Tahukah anda?

  • Kerajaan amat mementingkan Bahasa Arab dan menggalakkan rakyat mempelajari Bahasa Arab? Sekarang setiap murid-murid sekolah rendah diwajibkan mempelajari Bahasa Arab. Maka sudah sampai masanya anda mempelajari Bahasa Arab untuk kegunaan sendiri dan kemudian boleh mengajarkannya kepada anak-anak anda .
  • Hanya pelajar-pelajar yang menguasai Bahasa Arab sahaja yang dipilih oleh kerajaan untuk melanjutkan pelajaran ke luar negeri! Inilah waktunya anda memperkukuhkan pengetahuan dan mempertingkatkan penguasaan serta kefahaman anda terhadap Bahasa Arab.
  • Bahasa Kedua terbesar penggunaannya di dunia ialah Bahasa Arab? Pengetahuan tentang Bahasa Arab kini amat penting, selain penggunaanya yang global, ia juga merupakan sumber maklumat utama selain Bahasa Inggeris. Banyak sumber-sumber maklumat yang diperolehi sekarang ini didapati daripada sumber satelit terkenal berbahasa Arab iaitu Al-Jazeera.
  • Al-Quran diturunkan di dalam Bahasa Arab? Kerana ia adalah Bahasa Mukjizat dan bahasa pertuturan nabi junjungan kita Muhammad (SAW). Pengetahuan Bahasa Arab amat penting untuk mengetahui isi kandungan Al-Quran dan doa-doa yang sering kita baca setiap hari. Bahkan ia merupakan fardu kifayah ke atas semua umat islam.
  • Perkataan-perkataan yang dibaca di dalam solat juga adalah di dalam Bahasa Arab? Oleh sebab itu, perlu untuk setiap umat islam mengetahui makna setiap perkataan yang disebutkan di dalam solat, untuk menjadikan solat kita lebih khusyuk!

Kini, ada cara mudah untuk mempelajari Bahasa Arab.

Bukan lagi satu penghalang bagi anda untuk mempelajari Bahasa Arab, tidak kira apa saja profesion anda. Ia boleh dipelajari di rumah, di pejabat, di sekolah, di serata tempat atau di mana-mana sahaja anda berada.
Anda tidak perlu bersusah payah untuk pergi ke kedai-kedai buku, atau mengharungi jalanraya yang sesak untuk pergi ke kelas-kelas semata-mata untuk mendapatkan ilmu yang sungguh berharga yang anda cari-cari selama ini.
Mudah sahaja sekiranya anda mempelajarinya melalui Ebook saya “PANDUAN MUDAH BELAJAR BAHASA ARAB”.
PANDUAN MUDAH BELAJAR BAHASA ARAB ( Siri 1 )
Penulis: USTAZ ABD RAHMAN BIN JAMAAN
Bil M/S: 120 ms
Harga: RM60.00
Sinopsis : Ebook ini menerangkan kepada anda panduan dan teknik-teknik berkesan untuk mempelajari Bahasa Arab. Setiap tajuk di dalam ebook ini, akan diterangkan dengan jelas dan teratur dengan gaya Bahasa Melayu yang ringkas dan mudah difahami. Setiap perkataan Arab akan diterjemah ke dalam Bahasa Melayu dan dinyatakan penggunaannya yang betul.
Segala pelajaran yang diterangkan akan disusuli dengan latihan yang komprehensif dan menyeluruh untuk menguji kefahaman pelajar tentang sesuatu kaedah yang dipelajari.

PANDUAN MUDAH BELAJAR BAHASA ARAB ( Siri 2 )
Penulis: USTAZ ABD RAHMAN BIN JAMAAN
Bil M/S: 120 ms
Harga: RM60.00
Sinopsis : Ebook ini menerangkan kepada anda panduan dan teknik-teknik berkesan untuk mempelajari Bahasa Arab sebagai lanjutan daripada Ebook Siri 1. Ia mengekalkan keadah penerangan yang jelas dan teratur dengan gaya Bahasa Melayu yang ringkas dan mudah difahami. Terdapat lebih banyak perkataan-perkataan Bahasa Arab yang digunakan dan diterjemah ke dalam Bahasa Melayu berserta penggunaannya yang lebih terperinci.
Pelajaran-pelajaran dan kaedah-kaedah baru di dalam Ebook Siri 2 ini disusuli dengan latihan yang komprehensif dan menyeluruh untuk menguji kefahaman pelajar tentang sesuatu kaedah yang dipelajari.

PANDUAN MUDAH BELAJAR BAHASA ARAB ( Siri 3 ) :
KOMUNIKASI CEPAT & PANTAS
Penulis: USTAZ ABD RAHMAN BIN JAMAAN
Bil M/S: 160 ms
Harga: RM90.00
Sinopsis : Ebook ini mengandungi ayat-ayat ringkas Bahasa Arab yang digunakan untuk tujuan komunikasi. Ia adalah 100% praktikal untuk anda menguasai kemahiran perbualan dalam Bahasa Arab melalui soalan dan jawapan dan dialog yang mudah.
Setiap satu soalan dialog akan disertakan dengan pelbagai kaedah jawapan. Ini bertujuan agar pelajar dapat mengembangkan idea untuk menjawab sesuatu soalan, dan tidak hanya terikat dengan satu jawapan. Ia dipermudahkan dengan transliterasi, makna dan gambar berwarna.
CONTOH ISI KANDUNGAN EBOOK SIRI 3

Tidak ada komentar:

Posting Komentar